Cerah

May 7th, 2008

Setapak sahaja keluar dari bangunan fakulti semalam, saya terfikir: ‘Oh! hari terlalu indah untuk saya pulang!‘.
Dengan suhu maksima 23 darjah celsius dan angin sepoi-sepoi bahasa Inggeris, cuaca semalam sememangnya indah! Justeru, saya berkeputusan untuk ke Taman Regent berbekalkan jus oren dan akhbar percuma untuk bersantaian.
sun03.jpg

sun02.jpg

sun01.jpg

OKlah, saya terpaksa meminta diri. Kerana hari ini cuaca begini juga! :)

Munchester

May 6th, 2008

Jalan jalan cari makan di “Munch”ester:

nasi_krabu.jpg
Nasi Kerabu

lontong.jpg
Lontong

beribiru.jpg
Kek Beri Biru dengan Keju

soto.jpg
Soto

Tidak (sempat) digambarkan: Apple Crumble dengan aiskrim dan Karipap Rassa

Bob, Sogol + Izee, Sidin sekeluarga: Terima kasih daun keladi! :D

Penghargaan Orang Lain

May 6th, 2008

kerisviking.jpg

Saya diberitahu oleh saudara Strazawaf akan kemunculan lukisan saya di dalam Ethnographic Edged Weapons Resource Site, sebuah laman senjata tajam tradisional.
Hati tersenyum apabila membaca penghargaan para pengunjung di situ:
“…I saw an animation website, a very creative sketches were made indeed. OK this is not really about keris, but to a certain extent the keris has ‘evolve’…”
“…It’s nice to see that the motifs are still vital.”
“…hmmm…i look forward to next summer’s blockbuster movie. :D

Tambah menarik apabila melihat forum tersebut dikunjungi oleh bangsa asing yang menghargai warisan budaya kita.

Pilihan Minggu Ini 080501

April 30th, 2008

J.Mizan - Aduh Sayang
J.Mizan - Hujan Sore Sore: Dua lagu J.Mizan hanya kerana Mak saya meminati nyanyian beliau.
Siti Zaiton - Malang Selalu: Lagu ni sangat ‘moody‘. Cuba bayangkan lagu ini dinyanyikan oleh Cat Power atau Feist. Lebih menarik jika ia dirakam semula oleh Portishead! Ouhh!!
R.Azmi - Pa’ Hitam: Lagu ini kedengaran lucu. Tetapi liriknya yang menggambarkan nafsu sybaritik Pa’ Hitam adalah sangat ‘disturbing’. “…kaki joget, kaki todi.raja botol serta whisky”
Mike Ibrahim & the Nite Walkers - Bang Selebu: Saya kurang pasti, tapi rasanya ini lagu rakyat. Ada sesiapa boleh pastikan? Bunyi gitarnya mirip Dungen. Mental!
Rafeah Buang - Tunggu Sekejap: Lagu dari filem Sargeant Hassan. Rakaman ini adalah terlalu indah. Feist dan Cat Power? Ternyata mereka bukan tandingan Rafeah Buang.
Kartina Dahari - Rindu: Ingatkah kalian akan sebuah adegan dalam filem ‘Ibu Mertuaku’ di mana Sabariah berguling angau tatkala lagu Kassim Selamat (Jangan Tinggal Daku) berkumandang di chorong radio? Keroncong ini mampu memberikan kesan yang sama.

Nikmatilah dengan penuh tanggungjawab.

Doktor Socktopus!

April 30th, 2008

dr_socktopus_blog.jpg

Rekasemula watak Dr Octopus di Pergh.com

Apa yang saya pelajari dari Tun Dr Mahathir Mohamad:

April 30th, 2008

chedet.jpg

1) Jika kita menyatakan sesuatu dengan yakin, penyataan kita akan terampil benar biarpun ia tidak berasas.
2) Jika sesuatu isu itu rumit untuk diulas, katakan sahaja kita perlu menjalankan kajian yang lebih mendalam.
3) Banyak kebaikan dapat dicapai jika industri pengedaran dadah diuruskan oleh Kerajaan.

Gomez, Belle dan Sebastian. Pilihan Minggu Ini 080418

April 17th, 2008

Gomez - How We Operate
Gomez - Catch Me Up
Gomez - Girlshapedlovedrug
Belle & Sebastian - If You’re Feeling Sinister (antara artikel penting abad ke-20)
Belle & Sebastian - Dear Catastrophe Waitress
Belle & Sebastian - Mary Jo
Belle & Sebastian - Another Sunny Day

Ko katne?

April 15th, 2008

kokatne.jpg

Lambchop, Is A Woman

April 14th, 2008


Video ni dah lama wujud, sejak sebelum zaman YouTube lagi. Bila ternampak di Drawn! hari ini, mengingatkan saya kepadanya dan rasa terpanggil untuk menayangkannya di sini.
Lagu ini berjudul ‘Is A Woman‘, oleh kugiran Lambchop. Penyanyi kugiran ini bernama Kurt Wagner, seperti nama sebenar Nightcrawler dalam komik X-Men.
Rasanya penyataan di atas berjaya meningkatkan indeks geek saya beberapa peratus. O-O

Nyai Saritadji

April 11th, 2008

Nyai Saritadji
Rekasemula Witchblade.